Lirik Lagu Tigebadek - Raya Tetap Raya.
Tahun ini, apa cerita, dengar kata lain macam punya raya...
Ku di sini, kau di sana, belum tentu kan boleh berjumpa...
Bertabah lah, yang bekerja, tanggungjawab kepada negara...
Pada ayah dan bonda, ampun maaf, kini ku pinta...
Yang di desa, dah termenung, jadi patung sambil menguli tepung...
Terkenangkan, anak cucu, belum tentu dapat balik kampung...
Dia telefon, dah meraung, butir kata pun tak paham langsung...
Menangis sampai kejung, atas katil malah di hujung...
Hari yang indah bahagia, ku berserah pada Yang Kuasa, seadanya...
Kini lain macam punya raya, cuti lama, tapi tak boleh pergi mana-mana..
DI RUMAH SAJA !!
c/o:
Kalau tidak ke kampung halaman, boleh saja beraya dengan jiran-jiran...
Cantik-cantik bergaya dan berdandan, tidak boleh jauh beraya berdekatan...
Rumah terbuka bermacam halangan, pergi beli belah pun kurang keinginan...
Poket jimat kekal dalam simpanan, jangan ikut syaitan, kita tingkat amalan...
Mohon ampun dipinta, terguris kata, kepada semua yang ada...
Walau di mana berada, raya tetap raya, kita raikan bersama...
Ku Ucapkan Selamat Hari Raya...
Ampun Maaf Zahir Batin Semua....